Tuesday, April 26, 2011

Istimewa Buatmu Ibu

Ibu,
kata orang seorang ibu itu penyayang dan pengasih pada anaknya
benarkah itu ibu?
Ibu,
kata orang lagi setiap ibu akan mendoakan yang terbaik buat anaknya
adakah itu jg benar ibu?
Ada lagi kata mereka seorang ibu sanggup bersusah payah untuk anaknya
sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriatnya
sanggup berpenat lelah demi menjaga kesihatan anaknya
sanggup berlapar demi anaknya...
Adakah semua kata-kata mereka ini benar ibu?

Kalau benar mengapa aku tidak merasainya ibu?
Kalau benar mengapa ibu tidak membelai ku dengan kasih sayang mu ibu?
Kalau benar mengapa tidak beri aku kesempatan didoakan oleh seorang ibu?
oh, maafkan aku ibu...
aku tidak sepatutnya menuntut ibu agar bersusah payah untuk aku kan
benar, kenapa perlu berkorban nyawa untuk melahirkan aku
mungkin memang selayaknya aku tidak dilahirkan
atau mungkin memang anak zina sepertiku ini tempatnya di dalam tong sampah
Tapi ibu,
aku tidak minta dijadikan sebegini
akukah yang bersalah bila ibu ditipu oleh abah?
akukah yang melakukan dosa itu ibu?
kenapa aku yang dihukum sebegini ibu?
di manakah kebenaran kata-kata mereka tentang mulianya seorang ibu?

Ibu,
teringin rasanya aku membuka mataku dan ibu lah orang pertama yang kulihat
tapi tidak sempat pn aku membuka mata ini ibu.....
ingin ku membukanya tapi terasa sakit seakan ada yang menggigit
pedih mata ini ibu...terlalu pedih...tolong ibu....buangkan benda yang menggigit-gigit mataku ini
sakit ibu....terlalu sakit.....ibu....kenapa tak tolong aku ibu...ibu bencikah pada aku?
Aduh ibu, terasa seperti benda itu...bukan satu, bukan dua, tapi beribu kini sedang menggigit-gigit kulitku
sakit ibu...terasa seperti koyak kulit dan isi ku...kenapa ibu berdiam? tidak cantikkah kulit anak mu ini ibu?
sehingga ibu tega membiarkannya disiat-siat oleh gigi-gigi mereka yang tajam

Ibu,
aku lapar ibu...
aku ingin disuapkan dengan air susumu
ibu...ibu di mana?
tidak dengarkah ibu aku menjerit kelaparan
atau bencikah ibu mendengar suara ini ibu?

Ibu,
aku sudah tidak berdaya
aku sudah semakin lemah
tidak kasihankah ibu pada aku
apakah dosa ku ibu?
sehingga sebegini benci mu padaku?

Ibu,
selamat tinggal ibu
maafkan aku kerana tidak sempat menjadi anak mu yang baik
maafkan aku kerana tidak sempat menjadi anak yang soleh dan mendoakan mu
maafkan aku kerana tidak sempat menjagamu di hari tuamu
maafkan aku ibu......
bukan kemahuan ku
tapi aku sudah tidak berdaya lagi ibu

Selamat Tinggal Ibu.........



1 comment: