Wednesday, March 9, 2011

Dan Kita Masih Di Sini

Dan kita masih di sini
bersama mereka yang seperti kita
kita mengejar mimpi yang belum pasti
namun kita tetap di sini
menuju cita
menuju destinasi

Andai nanti langkah ku terhenti di sini
dan kau melangkah jauh meniti menara itu
ingatlah sentiasa bahawa di sini
seorang aku bergelar teman
tetap setia menanti

Andainya langkah kaki ku membawa aku pergi
jauh ke suatu sudut dunia
mencapai cita dan impian ku
pasti aku tak akan pernah lupa
bahawa suatu ketika
suatu masa yang tak terkira dahulu
aku punya seorang teman yang setia
berkongsi ceritera dan cita
suka dan duka

2 comments:

  1. hehehehe........ini mgaplikasi ilmu literature and culture....e, slah pula language in literature...eh, bukan apa sdh tu tajuk yg kt belajar sajak2 ngan crita2 tu...hehehe...ketara igtan time exam jak kan kak

    ReplyDelete