Thursday, March 17, 2011

SEKALI LAGI


sekali lagi
untuk kesekian kali
hati disakiti lagi
kecewa dan sedih
merajuk jadi kemaruk
lalu tidak terpujuk
akal jua turut akur bisu menunduk
dan kaki melangkah pergi
membawa jiwa sarat teruji
oleh insan-insan yang disayangi
mungkin ini takdir Illahi
aku pergi entah bila akan kembali
namun yang pasti
jika aku kembali bukan untuk merintih
tetapi untuk membawa bukti
bahawa airmataku hari ini
adalah kejayaan dan kemenanganku di lain hari....
InsyALLAH....

No comments:

Post a Comment